Chat Kami
TENTANG · MYPATH

Kami adalah jambatan bagi calon Borneo menuju masa depan yang lebih baik

Agensi Pekerjaan Swasta MyPath Sdn. Bhd. · Lesen JTKSM 783 Menempatkan lebih 3,000 calon pekerja sejak 2011
Sijil Lesen JTKSM 783 MyPath
Berlesen JTKSM 783

MyPath berlesen dibawah oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia

Agensi Pekerjaan Swasta MyPath Sdn. Bhd. beroperasi secara sah di bawah lesen JTKSM 783. Sila rujuk laman web rasmi JTKSM untuk pengesahan lesen Agensi Pekerjaan MyPath Sdn Bhd.

Lihat Sijil Lesen (Klik untuk besarkan)
Kisah Kami

Bagaimana MyPath Bermula?

MyPath lahir daripada realiti ramai anak Sabah dan Sarawak berhijrah ke Semenanjung Malaysia bagi mencari rezeki. Ada yang berjaya, namun ada juga yang kehilangan hak kebajikan dan pulang dengan kekecewaan akibat pekerjaan yang tidak selaras dengan Akta Kerja 1955.

Kami percaya setiap warga Borneo berhak mendapat peluang pekerjaan yang adil, ruang mengembangkan potensi dan kemahiran, pendapatan yang halal serta setimpal, dan laluan kerjaya yang lebih terjamin serta di hormati.

Sejak 2011, kami telah membantu lebih 3000 pencari kerja dari Sabah dan Sarawak. Setiap majikan dipilih dengan teliti melalui audit dalaman, dan setiap calon dibimbing bermula dari lapangan terbang sehingga penempatan kerja - kerana bagi kami, masa depan yang baik bermula dengan peluang yang baik.

APS MyPath S/B dilesenkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia — Lesen No. JTKSM 783
3,000+
Calon ditempatkan sejak 2011
20+
Tahun pengalaman dalam penempatan
2
Sektor utama: Kilang & Perkhidmatan
RM0
Yuran dikenakan kepada calon
Aktiviti & komuniti MyPath
Hala Tuju Kami

Misi & Visi

Misi Kami

Menghubungkan bakat Borneo ke arah peluang — dengan integriti, bimbingan, dan komitmen terhadap kerjaya yang berkekalan.

Visi Kami

Membina ekosistem kerjaya yang positif — memberi manfaat kepada calon, majikan, keluarga, komuniti, dan negara.

Nilai Kami

Nilai Teras MyPath

Kejujuran

Kami tidak janji apa yang tidak boleh kami tunaikan. Tiada yuran tersembunyi. Tiada kejutan selepas anda sampai.

Kebajikan Pekerja

Setiap tawaran kerja mematuhi Akta Kerja Malaysia. Gaji, waktu kerja, perlindungan insurans — semuanya telus sebelum anda setuju.

Hormat Budaya

Identiti Sabah dan Sarawak adalah kekuatan anda, bukan halangan. Kami meraikan warisan dan jati diri anda.

Komitmen Jangka Panjang

Hubungan kami tidak berakhir apabila anda mula bekerja. Sokongan, bimbingan, dan komuniti akan sentiasa bersama anda.

"Rezeki Halal. Kerja Stabil. Skill Di Pupuk."

Kami bantu calon bergerak dari "nak cari kerja" kepada "dapat kerja & kekal bekerja". Anda fokus pada usaha — kami uruskan proses dengan bimbingan yang jelas.

FAQ

Soalan Lazim Tentang MyPath

Klik pada soalan untuk lihat jawapan.

Tiga tujuan utama:

(1) Membantu calon dapat pekerjaan TETAP dan STABIL terus dengan majikan.

(2) Membina kerjaya supaya kehidupan masa depan terjamin.

(3) Membentuk ekosistem kerjaya yang positif untuk calon, majikan, keluarga, komuniti dan negara.

Program ini diwujudkan kerana kami melihat terlalu banyak calon dari Borneo berdepan majikan yang tidak bertanggungjawab, termasuk isu kebajkan dan hak pekerjaan yang tidak terjaga. Kami percaya setiap calon layak mendapat peluang yang adil untuk membina masa depan dan menunjukkan potensi mereka. Oleh itu, program ini menjadi jambatan yang menghubungkan calon dan majikan secara lebih telus, selamat dan saling memberi manfaat.

Tidak. Tiada yuran dikenakan. Yang kami minta hanya komitmen anda — serius bekerja sekurang-kurangnya satu tahun. Kerja part-time tidak digalakkan dalam program ini. Calon juga mesti mendapatkan kebenaran keluarga sebelum berhijrah.

Ya. Hostel dan pengangkutan ke tempat kerja disediakan tanpa potongan gaji. Tiket kapal terbang dari Sabah/Sarawak dibantu. Bulan pertama, jika anda ada kesukaran makanan, kami pun bantu.

Tidak — dan mana-mana agensi yang buat janji begitu, awas. Apa yang kami jamin adalah peluang yang adil: majikan yang telah kami audit, kerja yang telus syaratnya, dan sokongan yang berterusan.

Kejayaan selepas itu bergantung kepada diri anda sendiri — usaha anda, komitmen anda, dan disiplin anda di tempat kerja. Kami percaya anda boleh. Tapi ia mesti datang dari dalam diri anda.

Dua sektor utama:

(A) Sektor Kilang — Machine Operator, Production Operator, Assembly Specialist, Warehouse Operator, Technical Operator.

(B) Sektor Perkhidmatan — Chef, Service Crew, Kitchen Assistant. Kebanyakan di Pulau Pinang, sebahagian di Selangor.

Chat perekrut kami di WhatsApp

Mr. Gene (+6016-715 6989)

Kak Sofura (+6011-1057 6115)

Kak Sofi (+6018-354 2884)

Atau isi borang di halaman Hubungi Kami.

Ya. MyPath dibawah lesen Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dengan nombor JTKSM 783. Pengesahan boleh dilakukan di laman rasmi JTKSM.

Itu normal — kami pun mahu anda ragu dan buat kajian sendiri. Anda boleh:

(1) sahkan lesen kami dengan JTKSM,

(2) baca testimoni calon sedia ada,

(3) chat dengan perekrut tanpa komitmen,

(4) minta ibu bapa hadir semasa sesi debrief temuduga.

Kami galakkan anda bawa keluarga berjumpa kami. Tiada soalan yang terlalu kecil apabila ia melibatkan masa depan anda.