Mohon Sekarang
Laman Utama / Senarai Kerja / CCL Operator
Kilang

CCL Operator
(Cutting, Crimping & Labelling)

Bayan Lepas, Pulau Pinang  ·  Kerja Tetap Terus Majikan  ·  RM1,800 asas + OT (Kerja Lebih Masa) (anggaran RM2,400–2,800 dengan OT (Kerja Lebih Masa) penuh)

LokasiBayan Lepas, Pulau Pinang
GajiRM1,800 asas + OT (Kerja Lebih Masa)
HostelDisediakan
TiketDibantu dari Sabah/Sarawak

Tentang Tempat Kerja

Kilang pembuatan komponen elektronik dan kabel bertaraf antarabangsa di kawasan perindustrian Bayan Lepas, Pulau Pinang. Majikan ini mengekspor produk ke pasaran Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat.

Tempat kerja yang tersusun, bersih, dan ada program keselamatan pekerja yang ketat. Proses CCL (Cutting, Crimping & Labelling) adalah bahagian penting dalam barisan pengeluaran — kerja yang berstruktur dan mudah dipelajari dalam minggu pertama.

Apa Yang Anda Akan Buat

  • Mengendalikan mesin pemotongan kabel (cutting) mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
  • Melakukan proses crimping — menyambung hujung kabel dengan konektor menggunakan mesin.
  • Melabel dan susun produk siap mengikut SOP dan arahan penyelia.
  • Memeriksa kualiti produk dan laporkan sebarang ketidakpatuhan kepada QC.
  • Merekodkan jumlah pengeluaran setiap syif dalam sistem.
  • Menjaga kebersihan dan keselamatan stesen kerja sepanjang masa.
  • Bekerjasama dengan pasukan untuk capai sasaran pengeluaran harian.

Apa Yang Anda Dapat

Gaji asas RM1,800 sebulan
OT (Kerja Lebih Masa) sehingga RM1,000+ bulanan (bergantung syif)
Caruman EPF 13% + SOCSO + EIS
Asrama bersama — tiada potongan gaji
Bas pekerja ke kilang — tiada potongan gaji
Bantuan tiket kapal terbang sehala dari Sabah/Sarawak
Bantuan makanan bulan pertama dari MyPath
Sambutan Gawai, Kaamatan, Krismas & Hari Malaysia

Siapa Yang Sesuai?

  • Warganegara Malaysia
  • Umur 18 – 35 tahun
  • Pendidikan minimum SPM (sijil diperiksa)
  • Sihat tubuh badan — pemeriksaan klinik dijalankan selepas terima
  • Bersedia bekerja mengikut syif (2-shift atau 3-shift)
  • Komited bekerja sekurang-kurangnya 12 bulan
  • Mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga
  • Pengalaman kerja kilang terdahulu adalah kelebihan, tetapi tidak wajib — orientasi 3–5 hari diberikan

Apa Yang Perlu Disediakan (Salinan Lembut)

  • Salinan Kad Pengenalan (IC) — depan dan belakang
  • Sijil SPM atau kelulusan terkini
  • Sijil kelahiran
  • 2 keping gambar pasport saiz berwarna
  • Resume (opsyenal — kami boleh bantu sediakan)
  • Surat kebenaran ibu bapa (kami sediakan template)

Dari Mesej Pertama Sampai Hari Kerja — Inilah Caranya

  1. Chat Mr. Gene atau Kak Sofura di WhatsApp — hantar nama, umur, negeri dan jawatan yang diminati.
  2. Perekrut kami akan balas dan jelaskan butiran penuh jawatan. Tiada tekanan, tiada komitmen.
  3. Hantar salinan dokumen asas (IC, SPM) melalui WhatsApp untuk semakan awal.
  4. Kami atur temuduga video (online panggilan video) dengan majikan — dari rumah sendiri, biasanya dalam 3–7 hari.
  5. Jika lulus, kami tempah tiket kapal terbang dan sahkan tarikh mula kerja.
  6. Tiba di Pulau Pinang → naik Grab ke pejabat MyPath → staff MyPath akan turun sambut di guard house.
  7. Orientasi 1–2 hari di asrama — kenal kawan baru, pelajari rutin, sedia mental.
  8. Hari pertama kerja — bersama pasukan majikan dan rakan sekerja.

Tengok Sendiri

Video pengenalan tentang kehidupan di kilang dan asrama (akan ditambah). Untuk masa ini, sila tonton video testimoni calon kami di bawah atau hubungi perekrut untuk tanya lebih lanjut.

Audio Testimoni — CCL Operator (Rakaman Sebenar)

Audio ini adalah rakaman sebenar daripada calon yang sedang bekerja dalam jawatan CCL. Tiada skrip, tiada suntingan.

Mereka Yang Sudah Buat Kerja Ini

Kami dapat jawatan kerja yang stabil di kilang JM Selangor melalui MyPath Borneoprogram. Pendapatan ini membolehkan kami mengumpul yuran untuk teruskan pelajaran tinggi kami.

Juwita & Aslizah · Sabah · Sektor Kilang

Saya yakin dengan MyPath selepas buat kajian di Facebook dan website. Bahagian testimoni dari calon-calon lain memberi saya keyakinan untuk mohon.

Norazieha · Sarawak · Sektor Kilang

My journey towards the dream of getting my own House, Car and helping my family has started thanks to MyPath.

Christian Sabang · Bintulu, Sarawak · Sektor Kilang

Soalan Yang Kerap Ditanya

Kilang ada beberapa corak shift kerja: 5/2, 4/3, atau 3/4 bergantung kepada bahagian. Butiran shift akan dijelaskan oleh perekrut semasa temuduga. Wajib rujuk sebelum mohon.
Biasanya 2–3 minggu selepas temuduga lulus, bergantung kepada kelulusan dokumen dan kos tiket kapal terbang.
Ya. Anda layak dapat cuti tahunan 8–14 hari selepas 3 bulan bekerja. Kelulusan dari atasan diperlukan sebelum cuti dan tiket pergi-balik perlu dibeli sendiri. Kebanyakan calon kami pulang ketika Gawai, Kaamatan, Krismas atau Raya.
Boleh. Majikan ini menerima calon tanpa pengalaman. Orientasi 3–5 hari akan diberikan dan penyelia akan bimbing anda dalam minggu pertama.
Kami sentiasa berusaha memastikan padanan yang tepat. Jika selepas mula kerja anda rasa kurang sesuai, beritahu pasukan MyPath — kami akan bincang untuk cari jalan penyelesaian terbaik.

Bersedia untuk Mohon?

Jangan tunggu sampai kawan kampung kamu dapat jawatan ini dulu. Chat kami sekarang — proses ambil masa 1–2 minit sahaja untuk mulakan.

Mr. Gene: +6016-715 6989  ·  Kak Sofura: +6011-1057 6115

← Kembali ke Senarai Kerja
Mohon via WhatsApp ← Lihat Jawatan Lain